Resipi - Episod 5


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: COKLAT TRUFFLE DURIAN BERSAMA COKLAT JEJARI OREN

Coklat Truffle Durian

Krim Putar
Sirap glukos
Isi durian
Coklat putih
Coklat susu

Prosedur:
1)Krim dan sirap glukos dimasukkan ke dalam periuk dan dipanaskan seketika.
2) Masukkan isi durian yang dikisar dan tunggu sehingga mendidih. Akhir sekali masukkan coklat putih. Biar seketika.
3) Sementara itu, paipkan coklat susu ke dalam acuan untuk dijadikan kelongsong. Apabila siap, paipkan pula isi durian tadi ke dalam acuan dan dilapis semula dengan coklat susu.
4) Sejukkan dan keluarkan dari acuan.



Coklat Jejari Oren

Gula aising Coklat susu
Mentega Perasa Oren
Jus oren
Kulit limau/halwa
Serbuk penaik
Tepung


Prosedur:
1) Masukkan gula aising dan mentega ke dalam mesin pengadun dan pukul sehingga kembang.
2) Kemudian, masukkan pula jus oren, kulit limau dan serbuk penaik (yang digaul dengan tepung).
3) Selepas adunan sebati, rehatkan seketika selama 10 hingga 15 minit. Uli adunan hingga rata dan tidak terlalu nipis. Potong adunan tersebut mengikut bentuk jejari.
4) Bakar jejari tersebut dalam ketuhar pada suhu 180 ° C selama 15 minit. Selepas dibakar, jejari biskut tersebut dimasukkan ke dalam acuan dan disalut dengan coklat susu yang ditambah dengan perasa oren.