Resipi - Episod 2

Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

NAMA RESIPI: KEK COKLAT KACANG HAZEL BERLAPISKAN BAVARIA BERSAMA BISCOTTI PISTACHIO

Kek Coklat Kacang Hazel

170 g (1 cawan) gula kaster
185 g (1 1/4) serbuk kacang hazelnut
1 sudu besar tepung jagung
6 biji putih telur

Prosedur:
1) Panaskan ketuhar kepada 180 darjah C.
2) Menggunakan pengadun elektrik, pukul putih telur sehingga naik dan pekat, kemudian beransur-ansur tambahkan gula selebihnya dan pukul sehingga campuran menjadi pekat dan berkilat.
3) Campurkan tepung jagung dan serbuk kacang hazelnut dalam satu mangkuk.
4) Dengan berhati-hati masukkan campuran tepung ke dalam adunan putih telur.
5) Tuangkan adunan ke atas dulang.
6) Bakar selama 25 minit sehingga keemasan.
7) Kemudian letak di atas rak dawai yang dilapisi dengan sehelai kertas pembakar dan teliti kupas lapisan kertas pembakar.
8) Sejukkan.

Bavarua

65 gm krim
65 gm susu segar
30 gm telur kuning
25 gm gula
10 gm serbuk gelatin
280 gm coklat masakan
230 gm krim (yang telah dipukul)

Prosedur:
1) Panaskan susu dan krim sehingga mendidih, tutup api.
2) Kemudian satukan telur kuning bersama gula dalam 1 mangkuk dan tuang krim dan susu yang telah dipanaskan tadi, sedikit demi sedikit. Kacau sehingga sebati.
3) Seterusnya masukkan coklat masakan kedalam adunan tadi, kacau sehingga coklat menjadi cair sepenuhnya.
4) Menggunakan pengadun elektrik, Pukul krim sehingga krim menjadi separuh kental. Kemudian setelah krim dipukul, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan coklat tadi dan masukkan juga gelatin yang telah dicairkan.
5) Kacau mengunakan whisk atau spatula dengan cepat supaya adunan tidak menjadi berketul-ketul.
6) Alaskan di dalam acuan dengan bungkusan plastik, kemudian masukkan adunan coklat mousse tadi ke dalam acuan lapisan demi lapisan dengan kek span kacang hazelnut.
7) Setelah siap, balut permukaan acuan dengan bungkusan plastik kemudian masukkan ke dalam petik sejuk. Sejukkan selama setengah jam ke 1 jam sebelum dihidangkan.

Biscotti Pistachio