Resipi - Episod 3


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: COKLAT HABBATUS-SAUDA BERSAMA COKLAT BAR TEMPE

Coklat Habbatus-Sauda

250g coklat gelap
350g coklat gelap
250g mentega
3g kopi habbatus-sauda (instant)
10g serbuk koko
5g pes mocha

Prosedur:
1) Cairkan coklat hingga tiada ketulan (asingkan coklat 250g dan 350g tersebut).
2) Pukul mentega bersama 250g coklat yang dicairkan tadi. Masukkan kopi habbatussauda, sebuk koko dan pes mocha.
3) Campurkan baki coklat 350g tadi,kacau hingga sebati.
4) Ratakan sabatian tadi ke atas loyang yang beralaskan kertas minyak hingga ketebalan lapisan 15mm.
5) Sebaik sahaja coklat mengeras, potong dadu ikut ukuran 22mmX22mm
6) Salutkan coklat yg telah didadu tersebut dengan coklat cair.


Coklat Bar Tempe

Coklat susu (untuk kelongsong)
250g coklat susu yang dicairkan
250g pes kacang hazel
75g kerepek tempe

Prosedur:
1) Buatkan kelongsong bar menggunakan coklat susu yang telah di’temper’.
2) Campurkan 250g coklat susu yg telah dicairkan bersama 250g pes kacang hazel,kacau.
3) Kemudian campurkan kerepek tempe yang telah dihancur kasar.
4) Isikan campuran ini ke dalam kelongsong bar tadi.
5) Tutup semula kelongsong bar dengan coklat yang telah di’temper’.
6) Setelah coklat keras, boleh balut dengan menggunakan foil.