Resipi - Episod 4


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: KREPPIS BERSAMA COKLAT TELUR

Kreppis

500 g kerepek pisang gulung yang telah disira
bancuhan coklat (200g coklat kompaun susu dan 60g coklat kompaun pahit - 65% koko)

Prosedur:
1) Cairkan campuran coklat kompaun susu dan coklat kompaun pahit.
2) Setelah betul betul cair, gaulkan dengan kerepek pisang sehingga kerepek pisang gulung tersebut disaluti sepenuhnya oleh coklat.
3) Selepas itu, letakkan kerepek pisang yang telah disaluti coklat ke dalam dulang untuk dimasukkan ke dalam chiller (peti sejuk).
4) Selepas 20 minit bolehlah dikeluarkan dan seterusnya dihidangkan.


Coklat Telur

Acuan coklat telur yang betul betul kering dan bersih
Coklat kompaun susu LKM
Coklat kompaun pahit LKM
Coklat kompaun putih LKM

Prosedur:
1) Cairkan ketiga tiga coklat di dalam bekas berlainan.
2) Untuk membuat corak, letakkan coklat kompaun pahit dan coklat kompaun putih terlebih dahulu.
3) Selepas itu masukkan coklat kompaun susu sehingga memenuhi acuan tersebut.
4) Setelah acuan penuh ,sejukkan lebih kurang 10 - 20 minit.
5) Setelah coklat tersebut betul betul beku, barulah dikeluarkan daripada acuan tersebut.
6) Seterusnya kerja-kerja mencantum coklat telur tersebut bolehlah dilakukan.
7) Selepas dicantum, coklat telur tersebut hendaklah dibalut dengan plastik pembalut untuk menjamin kebersihan dan memudahkan kerja-kerja menghias seperti yang dikehendaki.