Resipi - Episod 6


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: COKLAT MERINGUE PAI DAN ROTI JALA KOKO

Coklat Meringue Pai

Kulit pai Kastard
Tepung Susu
Serbuk koko Tepung kastard
Mentega Telur
Gula Gula
Telur Mentega kacang
Coklat ganache Meringue
Krim Coklat Putih telur
Coklat gelap

 

Prosedur:
Kulit pai:

  • Gaulkan tepung, serbuk koko dan mentega di dalam mangkuk. Kemudian, masukkan gula, garam dan telur. Gaul sehingga sebati dan rehatkan doh selama 15 minit.
  • Doh dimasukkan ke dalam acuan pai yang disapu dengan mentega. Bakar selama 15 minit pada suhu 170°C.

Coklat ganache:

  • Panaskan krim seketika. Matikan api dan masukkan coklat gelap. Kacau sehingga rata dan ketepikan.


Kastard:

  • Susu dibahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dipanaskan manakala 1 bahagian lagi dicampur dengan gula, tepung kastard dan telur.
  • Susu yang dipanaskan dimasukkan ke dalam adunan tersebut. Kacau sehingga sebati dan panaskan semula. Apabila sudah pekat, masukkan mentega kacang bersama dengan coklat ganache tadi. Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan tersebut ke dalam acuan kulit pai yang dibakar tadi.

 

Maringue :

  • Pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan serbuk koko.
  • Paipkan meringue atau putih telur tadi di atas pai dan bakar pada suhu 170 ° C selama 20 minit.

Roti Jala Koko

Roti Jala

Tepung gandum Krim
Serbuk koko Isi durian
Santan Coklat gelap
Telur
Garam

Inti

Krim
Isi Durian
Coklat Gelap

Sos Santan
Santan
Tepung jagung


Prosedur:
1) Roti Jala

  • Masukkan tepung gandum dan serbuk koko ke dalam mangkuk. Gaul sehingga sebati. Masukkan pula santan, telur dan garam. Kacau sehingga adunan sebati.
  • Tuang adunan ke dalam acuan. Panaskan kuali leper dan sapu minyak di atas kuali tersebut dengan daun pandan dahulu supaya adunan tidak melekat.
  • Jalakan adunan ke atas kuali. Apabila siap, angkat dan letakkan dalam piring.


2) Inti

  • Panaskan krim. Masukkan isi durian, kacau sehingga pekat. Tutup api dan masukkan coklat gelap. Kacau hingga rata.


3) Sos Santan

  • Panaskan santan dan masukkan tepung jagung. Kacau dan apabila pekat, tutup api.
  • Paipkan inti tadi atas kepingan roti jala. Lipat dan gulungkan roti tersebut. Akhir sekali, tuang sos santan ke atasroti tersebut.