Resipi - Episod 7


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: KEK COKLAT BERKURMA ALA SILVERSPOON DAN TART COKLAT BERKRIM DENGAN MANGGA

Kek Coklat Berkurma Ala Silverspoon

Kek
Putih telur
Gula
Buah kurma
Coklat
Kacang
Krim
Keju krim
Gula
Esen vanilla
Jus limau |
Krim tenusu

 

Prosedur:
Kulit pai:

  • Gaulkan tepung, serbuk koko dan mentega di dalam mangkuk. Kemudian, masukkan gula, garam dan telur. Gaul sehingga sebati dan rehatkan doh selama 15 minit.
  • Doh dimasukkan ke dalam acuan pai yang disapu dengan mentega. Bakar selama 15 minit pada suhu 170°C.

Coklat ganache:

  • Panaskan krim seketika. Matikan api dan masukkan coklat gelap. Kacau sehingga rata dan ketepikan.


Kastard:

  • Susu dibahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian dipanaskan manakala 1 bahagian lagi dicampur dengan gula, tepung kastard dan telur.
  • Susu yang dipanaskan dimasukkan ke dalam adunan tersebut. Kacau sehingga sebati dan panaskan semula. Apabila sudah pekat, masukkan mentega kacang bersama dengan coklat ganache tadi. Kacau sehingga sebati.
  • Tuangkan adunan tersebut ke dalam acuan kulit pai yang dibakar tadi.

 

Maringue :

  • Pukul putih telur sehingga kembang dan masukkan serbuk koko.
  • Paipkan meringue atau putih telur tadi di atas pai dan bakar pada suhu 170 ° C selama 20 minit.

Tart Coklat Berkrim Dengan Mangga

Kulit tart
Tepung
Kelapa kering
Gula halus
Kuning telur
Mentega

Krim kastard
Susu
Gula
Coklat
Tepung jagung
Tepung serbaguna
Krim
Kuning telur
Esen vanilla
Manga
Strawberi


Prosedur:
Kulit tart
1) Satukan adunan tepung, kelapa kering, gula halus, kuning telur dan mentega. Gaul rata dengan tangan.
2) Masukkan adunan tersebut ke dalam acuan pai. Tekan adunan menggunakan jari. Bakar dalam suhu 150 ° C selama 10 minit.

Krim kastard
1) Panaskan susu bersama gula. Sediakan coklat. Sementara itu, pukul tepung jagung dan tepung serbaguna dengan krim.
2) Masukkan susu yang dipanaskan ke dalam coklat. Kacau sehingga coklat cair dengan sempurna. Tuang coklat ke dalam tepung yang dipukul tadi. Kacau di atas api.
3) Kacau sehingga sebati dan pekat. Masukkan kuning telur dan esen vanilla. Apabila sedah pekat, adunan dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk disejukkan.
4) Krim kastard yang sejuk tadi dituang ke atas kulit tart. Hias dengan potongan buah manga dan strawberi.