Resipi - Episod 8


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: KEK COKLAT MAYONIS DENGAN KRIM COKLAT FUDGE DAN COKLAT BERINTI DODOL DURIAN DAN ASAM BOI

Kek Coklat Mayonis Dengan Krim Coklat Fudge

Kek
Tepung
Serbuk Koko
Soda bikabonat
Mayonis
Gula
Air
Esen vanilla

Krim Coklat Fudge
Susu cair
Tepung gandum
Serbuk koko

 

Prosedur:

Kek:

1) Gaul dan ayakkan tepung, serbuk koko dan soda bikabonat.
2) Masukkan mayonis, gula, air yang dicampur dengan esen vanilla ke dalam mesin pengadun. Masukkan sekali tepung yang diayak tadi. Putar sehingga rata dan sebati.
3) Tuang adunan tersebut ke dalam acuan kek cawan sehingga paras ¾. Bakar sehingga 25 minit.

 

Krim coklat fudge

1) Masukkan susu cair, tepung gandum dan serbuk koko ke dalam mangkuk. Kacau di atas api dengan menggunakan kaedah ‘double-boiler’.
2) Apabila sudah siap, sapukan krim atas kek tadi dan taburkan dengan ‘chocolate rice’ dan gula-gula manik.


Coklat Berinti Dodol Durian dan Asam Boi

Coklat gelap
Dodol durian
Asam boi
Acuan kertas


Prosedur:
1) Coklat gelap dicairkan dengan menggunakan kaedah ‘double-boiler’.
2) Paipkan coklat tadi ke dalam acuan. Masukkan inti dodol durian dan asam boi. Paipkan semula coklat sehingga penuh acuan dan ratakan dengan menggunakan ‘scapper’.
3) Masukkan coklat ke dalam peti sejuk. Apabila sudah keras, keluarkan coklat dari acuan dan masukkan ke dalam acuan kertas. Hidangkan atau hiaskan sebagai hadiah.