Resipi - Episod 9


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: PAHA KAMBING BERCOKLAT DAN COKLAT TRUFFLE

Paha Kambing Bercoklat

 

Paha Kambing Oregano
Lada Hitam Rosemary
Garam Thyme
Mentega Campuran lobak merah
Bawang Merah Pes tomato
Bawang Putih Tomato
Daun bay Stok kambing
Serbuk koko Kentang
Coklat gelap Tomato ceri
Zukini Lobak merah
Kepingan daging lebu  

 

Prosedur:
1) Perapkan paha kambing dengan lada hitam dan garam selama 2 jam.
2) Cairkan mentega di kuali dan tumis paha kambing sehingga keperang-perangan. Ketepikan
3) Kemudian, cairkan mentega dan tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan daun bay, kepingan daging lembu, oregano, thyme, rosemary dan kacau sehingga garing.
4) Seterusnya, masukkan campuran lobak merah, pes tomato, tomato dan stok kambing. Selepas mendidih, masukkan paha kambing tadi. Biarkan masak selama 1 jam.
5) Apabila mendidih, masukkan serbuk koko dan coklat gelap. Perasakan dengan sedikit garam dan lada hitam.
6) Masukkan zukini, kentang, tomato ceri dan lobak merah. Biarkan mendidih dan masak. Hidangkan.

 



Coklat Truffle


Krim
Serbuk buah pala
Madu
Coklat gelap
Mentega
Serbuk koko

 


Prosedur:
1) Masukkan krim, serbuk buah pala, madu, coklat gelap dan mentega.
2) Panaskan adunan tersebut menggunakan teknik ‘double-boiler’. Apabila, adunan sudah siap, coklat tersebut dimasukkan ke dalam peti sejuk.
3) Bentukkan coklat yang disejukkan menjadi bentuk bulat atau bola dan sadurkan dengan serbuk koko. Hiaskan.