Resipi - Episod 10


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: BEBOTOK DE CHOCO DAN CHOCO DENDENG

Bebotok de choco

 

Bawang merah Ikan
Bawang putih Daun pisang
Cili merah Daun kaduk
Halia Daun Kunyit
Serai Daun Salam
Minyak Daun Kesum
Jus asam jawa Daun Selasih
Santan  
Kepingan Coklat  
Garam  

 

Prosedur:
1) Hiriskan bawang merah, bawang putih, cili merah, halia dan serai. Kisarkan bahan-bahan tersebut.
2) Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi. Apabila terbit minyak, masukkan jus asam jawa dan santan. Masukkan pula kepingan coklat dan garam secukup rasa. Ketepikan.
3. Susun lapisan daun pisang, daun kunyit, daun kaduk, daun salam, daun kesum dan daun selasih. Gaulkan ikan dengan sambal tadi dan letakkan ikan di atas lapisan daun tersebut. Lipat dan kukus selama 20 minit.

 



Choco Dendeng


Daging yang direbus
Serbuk koko
Ketumbar
Jintan manis
Minyak
Serbuk koko
Cili merah
Kepingan coklat
Garam
Serbuk kunyit

Prosedur:
1) Hiriskan daging yang direbus selama 10 hingga 15 minit.
2) Perapkan daging bersama serbuk koko, ketumbar, jintan manis, serbuk kunyit dan sedikit air selama 10 minit.
3) Panaskan minyak dan goreng daging tersebut sehingga garing. Angkat dan toskan.
4) Sementara itu, panaskan minyak dan tumiskan cili merah yang telah dikisar. Masukkan kepingan coklat, garam dan daging yang digoreng tadi. Gaulkan semua dan hidangkan.