Resipi - Episod 12


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: SOMTAM KOKO DAN COKLAT MACAROONS

Somtam Koko

Bawang putih
Cili padi
Udang geragau
Kacang tumbuk
Perahan limau
Sos ikan
Air gula
Tomato ceri
Kacang panjang
Betik muda
Mangga muda
Biji koko basah

Prosedur:
1) Tumbukkan bawang putih, cili padi, udang geragau, kacang tumbuk, perahan limau, sos ikan, air gula dan tomato ceri.
2) Masukkan kacang panjang yang dipotong memanjang, betik muda, mangga muda dan biji koko basah.
3) Angkat dan hidangkan.

 

 



Coklat Macaroons


Gula aising
Serbuk badam
Serbuk koko
Putih telur
Garam
Gula
Mentega
Gula perang
Kacang badam yang dikisar
Sirap madu

 



Prosedur:
1) Satukan bahan-bahan kering di dalam mangkuk seperti gula aising, serbuk badam dan serbuk koko. Gaul sehingga sebati.
2) Untuk membuat meringue pula, masukkan secubit garam dahulu dalam putih telur. Kemudian putar putih telur tersebut dengan mesin pengadun. Masukkan gula dan pukul sehingga adunan kembang.
3) Tuang meringue dalam mangkuk bahan-bahan kering tadi. Gaul perlahan-lahan.
4) Masukkan adunan ke dalam piping bag dan paipkan bentuk bulat di atas dulang yang disediakan.
5) Biarkan seketika sebelum dibakar dan bakar dalam suhu 140 ° C selama 15 minit.
6) Sementara itu, pukul mentega dan gula perang sehingga kembang. Kemudian, masukkan kacang badam yang dikisar dan sirap madu. Paipkan adunan pada macaroons yang siap dibakar tadi dan lapiskan.