Resipi - Episod 13


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: KEK CHOCOMOIST DAN STRAWBERI DAN CHOCOLATE MOUSSE

Kek Chocomoist

Mentega
Gula
Esen vanilla
Tepung
Serbuk penaik dan serbuk soda
Serbuk koko
Telur
Krim
Susu
Sirap glukos

Prosedur:
1) Pukulkan mentega, gula dan esen vanilla sehingga kembang.
2) Panaskan air. Sementara itu, ayakkan tepung, serbuk penaik dan serbuk soda.
3) Bancuhkan serbuk koko dengan air panas dan susu.
4) Masukkan telur satu persatu ke dalam mesin pengadun beserta dengan tepung dan juga serbuk koko yang dibancuh.
5) Setelah siap, tuang adunan ke dalam acuan yang disapu mentega dan bakar dalam suhu 180 ° C selama 40 minit.
6) Sementara itu, masukkan krim, susu dan sirap glukos dan didihkan. Kemudian, tuangkan dalam coklat yang dicairkan dan kacau. Masukkan esen vanilla. Tuang pada kek tadi dan hiaskan.

 

 



Strawberi dan Chocolate Mousse


Krim
Coklat
Esen vanilla
Krim putar
Kek span
Strawberi

Prosedur:
1) Panaskan krim terlebih dahulu dan setelah panas tuangkan ke dalam coklat. Kacau sehingga rata dan tambahkan esen vanilla.
2) Putarkan krim putar sehingga kembang. Setelah kembang, masukkan coklat tadi ke dalam krim dan kacau rata.
3) Paipkan chocolate mousse tadi atas kek span yang disediakan. Hiaskan dengan buah strawberi.