KONSEP:

v     Sebuah rancangan berbentuk majalah informasi tentang mendidik, menyebarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat tentang penggunaan dan pemakanan koko kepada para audien yang disasarkan merentasi semua lapisan masyarakat yang berbilang kaum dan pelbagai peringkat usia.

v      Secara umumnya, konsep atau fokus program ‘INSPIRASI KOKO’ ini akan berteraskan kepada 4 “K” iaitu KOKO, KEGUNAAN, KHASIAT dan KEBAIKAN.

 

OBJEKTIF:

v      Mendidik dan menyebarkan maklumat dan fakta mengenai khasiat dan kebaikan koko kepada para audien TV khususnya suri rumah yang merupakan perancang utama dalam keluarga dari segi penyediaan makanan harian keluarga.

v      Meningkat dan menggalakkan pengunaan koko di dalam pasaran tempatan.

v     Membantu golongan suri rumah khususnya dan orang ramai amnya menjadi pengguna yang lebih berpengetahuan mengenai kepelbagaian kegunaan koko, khasiat serta kebaikan koko.

v    Menangkis salah tanggapan orang ramai tentang koko yang sedia wujud dengan menyalurkan pelbagai         maklumat yang tepat dan terkini.

PENDEKATAN:

v      Durasi setiap episod rancangan ialah 22 - 24 minit (untuk slot siaran ½ jam).

v     Penerbitan rakaman dilakukan dengan cara SCP (Single Camera Production) dan juga MCP (Multiple Camera  Production).

v      Rakaman akan dilakukan di dalam lokasi tertutup dan juga lokasi luar.

v    Penggunaan pelbagai grafik seperti montaj, ‘teaser’, ‘segment breaker’ yang menarik dan bersesuaian akan   diselitkan.

v     Rakaman akan menggunakan peralatan Digital Video sepenuhnya yang menepati kualiti ‘broadcast standard’    RTM.

KANDUNGAN:

v   Setiap episod dikendalikan oleh seorang hos wanita popular   dikenalpasti iaitu SERINA REDZUAWAN (Anak Chef Wan) dan seorang Chef tetap dan berpengalaman luas dalam dunia masakan iaitu CHEF KAMARUL.

v   Chef tersebut akan membuat demonstrasi 2 jenis masakan dalam setiap episod iaitu sejenis masakan utama (main dish) dan sejenis makanan (dessert) pencuci mulut seperti pastri, kek, biskut dan minuman.

v     Beberapa pakar pemakanan dan kesihatan yang berwibawa (with authority) akan membincangkan topik-topik kesihatan berkaitan koko.

v       ‘Treatment’ rancangan adalah seperti berikut:

·         Montaj rancangan

·         Pembukaan oleh hos rancangan, Serina Redzuawan.

·         Hos memperkenalkan (‘link’) perkara seterusnya secara terus di lokasi terpilih. 

·        Segmen pertama ialah “SAJIAN KOKO” (RESEPI 1) – memperkenalkan resepi pertama yang merupakan sajian utama (main dish) oleh Chef Kamarul dan ditemani oleh Serina.  Segmen ini dirakam di dalam studio dengan menggunakan 3 unit kamera (Multiple Camera Production). Di dalam segmen ini akan diselitkan “INFO KOKO” iaitu maklumat dan paparan ringkas tentang 4”K” (Koko, Kegunaan, Khasiat dan Kebaikan) dalam bentuk tulisan (‘graphic crawler’)

·       Segmen kedua ialah “SANA SINI KOKO” – memperkenalkan tempat-tempat jualan produk makanan dan bukan makanan yang menggunakan bahan asas koko seperti di Body Shop, Farmasi, Pusat Membeli belah, Koko Bistro dan sebagainya. Di samping memaparkan buletin infomasi koko di dalam dan luar negara.

·        Segmen ketiga ialah “SAJIAN KOKO” (RESEPI 2) – memperkenalkan resepi kedua iaitu sajian pencuci mulut (dessert) atau pembuka selera (appetizer).  Sekali lagi di dalam segmen ini akan diselitkan “INFO KOKO” iaitu maklumat dan paparan ringkas tentang 4”K” (Koko, Kegunaan, Khasiat dan Kebaikan) dalam bentuk tulisan (‘graphic crawler’) (maklumat/informasi yang berlainan dengan yang di atas).

·        Segmen keempat ialah “BICARA KOKO” – paparan topik ringkas dari Ketua Pengarah Lembaga Koko Malaysia (2 episod: episod pembukaan dan penutup); bicara pakar kesihatan dan pakar pemakanan tentang penemuan saintifik, kegunaan,  kebaikan dan khasiat koko di dalam kehidupan harian.

·        Segmen seterusnya ialah “KREATIF KOKO” – paparan pelbagai kreativiti daripada beberapa orang pakar terpilih yang menggunakan bahan produk koko atau bahan berasaskan coklat dengan cara merekabentuk, menghias, membungkus pelbagai cendermata, bunga hantaran, bunga coklat, hiasan kek, hiasan meja makan (chocolate carving), dan sebagainya.

·      Di akhir rancangan, penonton berpeluang memenangi beberapa hadiah menarik melalui segmen KUIZ mingguan iaitu KUIZ KOKO.  Penonton hanya perlu menjawab satu soalan dan melengkapkan slogan kata yang paling kreatif iaitu ‘Saya suka koko kerana.........(tidak melebihi 15 patah perkataan).

·        Paparan laman web http://www.koko.gov.my akan disiarkan beberapa kali di dalam pengisian kandungan rancangan ini untuk para audien mendapatkan pelbagai infomasi tentang koko, resepi dan sebagainya dengan melayari laman web tersebut.
 

HOS:

v     Hos wanita iaitu Serina Redzuawan.  Beliau merupakan seorang hos yang berperwatakan menarik, ceria,    petah berbicara dan gemarkan coklat

CHEF:
 

v      Chef yang terpilih ialah Chef Kamarul Hasni Che Rose

 

 

Utama | Mengenai Kami | Resipi | Kuiz | Profil Chef | Profil Host | Video | Krew | Hubungi