INSPIRASI KOKO MUSIM KE-4 2009
1. PENDAHULUAN
Masyarakat
Malaysia masih kurang mengambil coklat dan produk-produk
berasaskan koko disebabkan oleh
faktor-faktor seperti harga, tabiat pemakanan harian,
maklumat dan pengetahuan yang terhad terhadap
khasiat-khasiat dan kebaikan-kebaikan semulajadi makanan
berasaskan koko. Selain daripada itu, masih lagi wujud
pelbagai salah tanggapan dan imej-imej negatif yang sering
dikaitkan dengan produk-produk koko terutamanya coklat
seperti kegemukan, sakit gigi, jerawat, kolesterol dan
sebagainya.
Secara
puratanya masyarakat Malaysia hanya mengambil
sebanyak 600 gm setahun yang masih rendah jika dibandingkan
dengan negara-negara lain di dunia terutamanya di kalangan
penduduk di Eropah dengan per kapita penggunaan koko
sebanyak 1-6 kg setahun.
Sehubungan dengan itu,
pada tahun 2009 Lembaga Koko Malaysia (LKM) melalui kempen
promosi penggunaan koko telah menerbitkan Rancangan
demonstrasi masakan berasaskan koko di televisyen atau lebih
dikenali sebagai `Inspirasi Koko’.
Program Inspirasi Koko ini merupakan antara strategi jangka
panjang yang dijalankan oleh LKM untuk mendidik dan
menyebarkan maklumat dan pengetahuan yang tepat kepada
pengguna-pengguna tempatan secara berterusan bagi
menyebarkan khasiat dan kebaikan semulajadi koko.
Sehingga kini, LKM telah menerbitkan sebanyak 4 rancangan
Inspirasi Koko iaitu Inspirasi Koko Musim Pertama pada
tahun 2006, Inspirasi Koko Musim Ke-2 pada tahun 2007,
Inspirasi Koko Musim Ke-3 pada tahun 2008 dan Inspirasi Koko
Musim Ke-4 pada tahun 2009.
Rancangan ini ditayangkan di TV2 setiap hari Ahad selama 30
minit dalam tempoh 13 minggu.
2. OBJEKTIF
PROGRAM
Objektif program promosi koko di
televisyen ini adalah untuk mendidik serta menyebarkan
maklumat dan fakta mengenai teknologi terkini, penggunaan,
khasiat dan kebaikan koko kepada para penonton di televisyen
khususnya suri rumah sebagai salah satu usaha untuk
membangunkan industri koko serta meningkat dan menggalakan
lagi penggunaan koko di pasaran tempatan.
Program pendidikan dan kesedaran
pengguna terhadap produk-produk berasaskan koko ini diharap
dapat melahirkan golongan pengguna terutamanya suri rumah
yang lebih berpengetahuan dalam menentukan pemilihan makanan
berdasarkan fakta saintifik.
Program ini juga akan dapat memberikan
maklumat-maklumat dan fakta-fakta tepat mengenai khasiat dan
kebaikan serta kepelbagaian kegunaan koko kepada pengguna.
Di samping itu, salah tanggapan terhadap koko yang sedia
wujud dapat dikikiskan lagi dan secara tidak langsung
membantu meningkatkan lagi penggunaan koko di kalangan
penduduk Malaysia terutamanya golongan sasaran.
3. KONSEP/FOKUS
PROGRAM
Konsep/fokus program `Inspirasi Koko Musim Ke-4 2009’
adalah tertumpu kepada penyebaran maklumat dan fakta
mengenai keistimewaan peranan dan fungsi koko dalam
kehidupan manusia.
Melalui program ini LKM dapat menyalurkan pelbagai informasi
dan maklumat untuk mempertingkatkan lagi kefahaman dan
pengetahuan orang ramai terutamanya para penonton mengenai
kepelbagaian kegunaan, khasiat serta kebaikan koko disamping
mengikis salah tanggapan umum terhadap koko yang sedia
wujud.
Maklumat-maklumat dan fakta-fakta ini adalah daripada kajian
dan penyelidikan (R&D) jangka pendek dan panjang yang telah
dijalankan secara berterusan untuk menghasilkan
produk-produk berasaskan koko yang bermutu dan berkualiti
tinggi. Kajian-kajian ini bukan sahaja dijalankan oleh LKM
tetapi juga oleh pelbagai institusi, pertubuhan, agensi
serta syarikat dalam dan luar negara.
4. KANDUNGAN
PROGRAM
Program `Inspirasi
Koko 4’ ini merupakan
satu rancangan yang mengeluarkan dan menayangkan program
telivisyen yang berbentuk pendidikan dan aplikasi yang
memberi fokus kepada
keistimewaan dan fungsi
koko dalam kehidupan manusia.
Isi kandungan
program ini merangkumi empat (4) segmen utama yang
dikenadalikan menggunakan khidmat hos personality tempatan
iaitu Cik Serina Redzuawan dan chef professional iaitu Chef
Kamarul Hasni Bin Che Rose untuk segmen Sajian Koko.
Segmen-segmen program ini adalah seperti berikut:-
i.
Bicara Koko dan Info Koko
–
mengemukakan rakaman audiovisual/video perbincangan pelbagai
aspek penggunaan, kebaikan dan khasiat koko bersama agensi
kerajaan, swasta dan pertubuhan serta orang perseorangan di
lokasi berkaitan dengan teknologi terkini, penggunaan koko
dalam diet, menu dan matapelajaran sebagai bahan utama.
Segmen ini juga akan memberi tip-tip dan petua-petua
termasuklah tip-tip berkaitan dengan penggunaan koko.
ii.
Sajian Koko –
menyediakan
rakaman audiovisual/video penyediaan dua menu makanan
kesihatan menggunakan bahan-bahan berasaskan koko. Sebanyak
26 resipi masakan berasaskan koko akan disajikan untuk 13
episod.
Setiap episod
menyajikan dua resipi mengunakan produk-produk berasaskan
koko iaitu satu hidangan utama (main course) seperti lauk
pauk dan pembuka selera (appetizer) dan satu hidangan lagi
adalah penyediaan pastri, biskut, kek, kuih muih dan manisan
(dessert).
Segmen ini juga
akan memberi tip-tip dan petua-petua termasuklah tip-tip
masakan berkhasiat.
iii.
Fakta & Mitos
Segmen ini memaparkan `live interview’ testimoni orang
awam/personaliti berkaitan fakta dan mitos penggunaan produk
koko. Segmen ini bertujuan untuk mendidik dan mengubah
persepsi negatif masyarakat mengenai coklat dan
produk-produk berasaskan koko.
iv.
Kreatif Koko –
memaparkan
rakaman audiovisual/video kreativiti penggunaan koko.
Bagi membuka dan mengembangkan lagi minda dan minat, segmen
kreatif koko menyajikan para penonton dengan pelbagai hasil
kreatif yang boleh dibuat menggunakan produk koko
terutamanya coklat. Segmen ini dikendalikan oleh chef-chef
jemputan.
v.
Kuiz Inspirasi Koko
Di akhir setiap
episod terdapat soalan kuiz untuk menguji keberkesanan
program ini dalam menyebarkan maklumat dan fakta mengenai
koko untuk meningkatkan kefahaman para penonton. Hadiah
berupa wang tunai, buku resipi dan pelbagai hadiah iringan
diberikan kepada para pemenang.
5. MASA
TAYANGAN
Rancangan
Insirasi Koko Ke-4 2009 ini di tayangkan menggunakan Bahasa
Malaysia selama 30 minit bagi setiap episod melalui TV 2
pada setiap hari Ahad jam 11:00 pagi bermula pada 4 Oktober
2009 hingga 27 Disember 2009.
6.
PERKHIDMATAN SOKONGAN
Satu laman portal
untuk program ini telah disediakan. Laman portal ini
memuaturunkan video tayangan setiap episod, resipi-resipi
yang telah disiarkan, maklumat-maklumat lain mengenai
program Inspirasi Koko 1, Inspirasi Koko 2 Inspirasi
Koko 3 dan Inspirasi Koko 4
termasuklah latarbelakang program, kuiz, profil chef dan hos.
Di laman portal
ini juga ada disediakan satu ruang khas (ruangan komen)
untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk berinteraksi
dengan mengemukakan sebarang komen, cadangan dan permintaan
yang berkaitan dengan koko dan produk koko.
FAEDAH
PROGRAM
Program
ini akan dapat menyalurkan pengetahuan dan kefahaman
mengenai kepelbagaian teknologi terkini, kegunaan, khasiat
dan kebaikan koko.
Program
ini akan dapat mengurangkan salah tanggapan dan imej-imej
negatif yang sering dikaitkan dengan produk-produk koko
terutamanya coklat seperti kencing manis, kolesterol dan
sebagainya.
Program
jangka panjang ini diharap akan dapat meningkatkan lagi
penggunaan koko tempatan kepada sasaran 10,700 tan pada
2010. Ini secara tidak langsung akan
membantu meningkatkan lagi pendapatan ekonomi negara.
Program
ini juga merupakan salah satu strategi jangka panjang untuk
membangunkan industri koko tempatan di samping menggalakkan
dan mempromosikan lagi penggunaan koko dalam masakan harian
samada moden ataupun tradisional.
Lembaga Koko Malaysia
Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia
Tarikh: 14hb September 2009
|