s

EPISOD | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13

 

Bahan-bahan

1 kg ayam di potong 18 keping

1 bawang besar dicincang halus

5 bawang putih dicincang halus

2 camca besar chili boh

1 camca besar jintan halus(Cumin powder)

5 bunga cengkih

segengam besar daun ketumbar

1 tin kecil buah tomato diramas

segengam daun parsli

1/4 cawan minyak zaitun

1 cawan kidney bean

100gm parutan chocolate (Any baking sweet choc)

 

Cara2 nya

  1. Panas minyak zaitun dan tumis bawang besar,putih,chili boh,bunga cengkih sampai wangi.
     

  2. Masukan ayam di goreng 2 minit lagi.kemudian dimasukan buah tomato yg diramas,sedikit air,daun ketumbar dan parsli dan didihkan selama 20minit lagi.
     

  3. Akhir sekali masukan kacang,garam dan gula serta parutan chocolat tu kedalam sos ayam tadi.didihkan selama 10minit lagi sebelum disaji kan.

 

.................................................................................................................................................................................
 

Bahan Kek

200gm Coklat Pahit-manis, dicincang

250gm mentega tanpa garam

¾ cawan gula kastor

6 biji telur diasingkan putih dan kuningnya

3 sudu besar Tepung Pelbagai guna

3 sudu besar serbuk koko

1 cawan badam ditumbuk halus

Sedikit Krim tartar

 

Cara-caranya

  1. Cairkan coklat masakan di dalam mangkuk tahan panas yang diletakkan diatas periuk air panas sehingga cair. Sejukkan.

  2. Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang dan ringan. Masukkan Kuning telur satu persatu.

  3. Campurkan tepung dengan serbuk koko. Tambahkan campuran dengan coklat yang telah dicairkan dan badam yang ditumbuk halus.

  4. Sementara itu pukul telur putih bersama krim tartar sampai kembang dan ringan. kemudian adunan ini dicampurkan ke dalam bater kek tadi sebanyak 3 kali campuran sambil dikacau dgn ringan. bakar di dlm ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu175°C/350°F selama 50 minit sehingga lapisan krus menjadi garing dengan bahagian dalam yang masih lembab. Sejukkan kek sebelum keluarkan dari acuan

 

Glaze

180gm Coklat Pahit-manis dicincang

3 sudu besar Krim putar

1 sudu kecil esen vanilla

2 sudu makan mentega

Hirisan badam untuk hiasan

Caranya

  1. Campurkan Coklat, krim putar, esen vanila dan mentega dengan suhu rendah sehingga cair dan sebati. Sejukkan sebelum tuang dan ratakan ke atas kek.

  2. Taburkan hirisan badam ke atas kek sebagai hiasan.

 

Nota: Kek ini akan turun sedikit kembangnya setelah dikeluarkan