Episod : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |

Nama Resipi: Ikan Bawal Kukus Koko

Bahan-bahan

Kuantiti

Ikan Bawal

1 ekor

Lemak Koko

3 sudu besar

Bawang Merah

2 biji

Bawang Putih

3 ulas

Halia

3 cm

Serbuk Koko

1 sudu kecil

Coklat Putih (dihiris)

2 sudu besar

Sos Tiram

1 sudu besar

Cili Padi

4 tangkai

Lobak merah (hiris nipis dan memanjang)

½ biji

Cili merah (hiris memanjang)

2 tangkai

Daun Ketumbar

1 tangkai kecil

Daun Bawang

4 helai

Cara-cara

1.      Sediakan periuk pengukus.

2.      Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

3.      Masukkan cili padi, sos tiram dan serbuk koko. Masukkan sedikit air.

4.      Tuangkan ke atas ikan bawal dan taburkan coklat putih, lobak merah, cili merah, daun ketumbar dan daun
   bawang.

5.      Kukus selama 15-20 minit. Hiaskan dengan daun ketumbar dan daun bawang segar diatasnya.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Peralatan yang digunakan:

Kepingan marmar
Acuan plastic berbentuk ikan
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer

Bahan-bahan:

250gm Coklat gelap tulen

Cara membuat:

  • Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya mudah dicairkan.

  • Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.

  • Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.

  • Tuangkan ¾ coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.Tinggalkan ¼ lebihan coklat tadi di dalam magkuk.

  • Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c. (berhawa dingin)

  • Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu coklat daripada 45-50’c kepada 29’c.

  • Seterusnya, coklat tadi bolehlah dimasukkan kedalam acuan dan diratakan dengan menggunakan alat perata atau spatula plastik.

  • Setelah permukaan acuan tadi dibersihkan, acuan coklat perlu dihentakkan supaya tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam coklat.

  • Sejukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit pada suhu 7-10’c.

  • Coklat yang sudah lekang boleh dikeluarkan dari acuan dengan mudah dan dihidangkan.