Episod : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |

Nama Resipi: Hati Koko Lada Hitam

Bahan-bahan

Kuantiti

Hati Lembu (digoreng)

500 gm

Serbuk kunyit

1 sudu kecil

Serbuk koko

1 sudu kecil

Bawang Merah (dikisar)

4 ulas

Bawang Putih (dikisar)

3 ulas

Halia (dikisar)

4 cm

Lada Hitam

1 sudu besar

Kicap Lemak Masin

3 sudu besar

Serbuk Ketumbar

1 sudu besar

Cili Boh

2 sudu besar

Kicap Pekat

1 sudu besar

Coklat Butang Gelap

2 sudu besar

Daun Bawang (dihiris)

3 helai

Garam

Secukup rasa

Gula

Secukup rasa

Lemak Koko

2 sudu besar

Bawang Besar (dihiris bulat)

1 biji

Cara-cara

1.      Potong hati lembu kecil-kecil dan gaulkan dengan serbuk kunyit dan serbuk koko. Goreng sekejap saja.

2.      Tumis bahan kisar dan masukkan cili boh.

3.      Masukkan pula hati lembu tadi, serbuk ketumbar, lada hitam dan kicap.

4.      Biarkan seketika dan perasakan dengan garam dan gula.

5.      Kemudian masukkan pula bawang besar.

6.      Akhir sekali masukkan coklat butang gelap, tutup api dan kacau sehingga coklat cair sepenuhnya.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Peralatan yang digunakan:

Kepingan marmar
Acuan plastik
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer
Sudu kecil

Bahan-bahan:

250gm Coklat susu tulen
Kacang Badam (dipanggang)
Kacang Hazel (dipanggang)

Cara membuat:

  • Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya mudah dicairkan.
  • Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.
  • Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.
  • Tuangkan coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.Tinggalkan lebihan coklat tadi di dalam magkuk.
  • Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c. (berhawa dingin)
  • Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu coklat daripada 45-50’c kepada 27’c.
  • Seterusnya, coklat tadi bolehlah dimasukkan kedalam acuan dan diratakan dengan menggunakan alat perata atau spatula plastik.
  • Setelah permukaan acuan tadi dibersihkan, acuan coklat perlu dihentakkan supaya tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam coklat.
  • Letakkan kacang badam atau kacang hazel kedalam coklat dan tekan dengan menggunakan hujung sudu.Lebihan coklat tadi perlu dibersihkan dengan alat perata atau scraper.
  • Sejukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit pada suhu 7-10’c.
  • Coklat yang sudah lekang boleh dikeluarkan dari acuan dengan mudah dan dihidangkan.