Episod : 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13 |

Nama Resipi: Penne Goreng Koko

Bahan-bahan

Kuantiti

Penne (direbus sehingga empuk/al dante)

1 paket

Bawang Merah

4 ulas

Bawang Putih

3 biji

Cili Boh

1 sudu besar

Daging Cincang

300 gm

Telur

2 biji

Sos Tomato

2 sudu besar

Sos Tiram

1 sudu besar

Serbuk Koko

1 sudu besar

Herba Campuran (Mixed Herbs)

1 sudu kecil

Serbuk Lada Hitam

1sudu kecil

Lobak Merah

½ biji

Daun Basil

1 tangkai

Coklat Masak Gelap (dihiris)

2 sudu besar

Garam

Secukup rasa

Lemak Koko

2 sudu besar

Cara-cara

1.      Tumis bawang merah bersama bawang putih.

2.      Masukkan cili boh diikuti sos tiram, sos tomato dan serbuk koko. Kemudian masukkan pula herba
   campuran.

3.      Masukkan daging dan kacau sehingga air kering.

4.      Pecahkan telur di dalam dan kacau. Masukkan lobak merah.

5.      Selepas itu masukkan penne, serbuk lada hitam dan daun basil.

6.      Perasakan dengan garam dan akhir sekali masukkan coklat masakan gelap.

 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

 

Peralatan yang digunakan:

Kepingan marmar
Acuan plastic (berbentuk bar)
Scraper/alat perata
Jangka suhu/ thermometer
Sudu kecil

Bahan-bahan:

250gm Coklat susu tulen
Jelly (secukupnya)

Cara membuat:

  • Blok coklat dipotong dan dihiris kepada kepingan-kepingan kecil supaya mudah untuk dicairkan.

  • Teknik pencairan dengan menggunakan kaedah ‘double boiler’. Proses ini mengambil masa selama kira-kira 10-15 minit dengan suhu mencecah 45-50’c.

  • Pastikan wap air panas tidak masuk kedalam coklat kerana ia akan merosakkan tekstur coklat.

  • Tuangkan ¾ coklat yang telah dicairkan keatas permukaan kepingan marmar.Tinggalkan ¼ lebihan coklat tadi di dalam magkuk.

  • Suhu didalam bilik mestilah pada paras 24-25’c. (berhawa dingin)

  • Proses penstabilan kistal perlu dilakukan dengan segera untuk menurunkan suhu coklat daripada 45-50’c kepada 27’c.

  • Seterusnya,coklat tadi bolehlah dimasukkan kedalam acuan dan diratakan dengan menggunakan alat perata atau spatula plastik.

  • Setelah permukaan acuan tadi dibersihkan, acuan coklat perlu dihentakkan supaya tiada gelembung udara yang terperangkap di dalam coklat.

  • Masukkan jelly tadi kedalam coklat dan dengan menggunakan hujung sudu, tekan jelly tadi kedalam coklat.

  • Bersihkan semula acuan tadi dengan alat perata dan masukkan coklat yang telah siap kedalam peti sejuk selama 15-20 minit di bawah suhu 7-10’c.

  • Coklat yang sudah lekang boleh dikeluarkan dari acuan dengan mudah.