Pengacara


CHEF AMER HAMZAH



Mula memasak sekitar usia 10 tahun, Chef Amer Hamzah Ahmad berasal daripada keturunan yang menjalankan perniagaan berkaitan masakan. Bermula belajar dari ibunya tentang masakan lauk-pauk & membuat kuih muih, manakala bapa melatihnya memasak untuk majlis kenduri kahwin yang pastinya nasi briyani gam serta lauknya.

Setelah tamat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia dihantar ke Singapura untuk belajar sambil bekerja dengan saudara mara yang mengusahakan perniagaan makanan di sana, bermula dari membeli bahan mentah di pasar, mengenali ikan, daging & rempah ratus, cara memasak, menghidang hinggalah kepada menjual. Latihan sejak kecil ini menjadi asas kepada kerjayanya sekarang. Chef Amer memperolehi Diploma Sains Pertanian dari Universiti Pertanian Malaysia (UPM)pada 1991 sebelum melanjutkan pelajarannya dalam bidang coklat & konfeksioneri di ZDS, Solingen, German. Beliau merupakan seorang anak didik kepada World Master Chocolatier – Jean-Pierre Wybauw. Selain itu dia mendalami ilmu & menjalani latihan di Holland, Belgium, Swisszerland & Singapura. Kerjaya pertamanya bersama Lembaga Koko Malaysia (LKM) membabitkan penyelidikan & pembangunan pemprosesan koko bermula dari mengenali biji koko, pemeraman koko, pengeringan, pengredan koko hinggalah kepada menghasilkan coklat.

Pada tahun 2001, dia memulakan kerjaya dalam bidang industri dengan membangunkan perusahaan coklat bersama Fidani Chocolatier Sdn Bhd yang kini merupakan pengeluar coklat buatan tangan terbesar di Malaysia. Selain mencipta coklat untuk jenama syarikat iaitu Danson, Farell’s & Fidani, dia juga diberikan kepercayaan mencipta coklat untuk syarikat terkenal seperti Van Houten, Famos Amos Malaysia, Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) selain pasaran eksport seperti Jepun, Hong Kong, Taiwan, Indonesia, Timur Tengah & banyak lagi.

Chef Amer juga sering diminta untuk menyediakan coklat untuk Sultan, Kerabat Diraja, Perdana Menteri, menteri dan orang kenamaan. Chef Amer turut meraih Anugerah Produk Paling Innovatif kerana ciptaan coklat durian pertama Malaysia. Chef Amer juga sering diundang untuk mengendalikan program masakan di television & untuk syarikat korporat antaranya:
• Inprirasi Koko dari musim pertama hingga kelima di TV2 RTM
• Program Jom Sarapan di TV3
• Segmen Nasi Lemak Kopi O di TV9
• Majalah Jelita & Anjung Seri
• Caifornia Raisin
• US Potato Board
• Elextrolux Malaysia

Selain itu, dia juga aktif menganjurkan kursus & bengkel anjuran Kementerian, Jabatan Kerajaan, Institusi Awam & Swasta. Persatuan & Usahawan seperti:
• Uitm
• Kolej Damansara Utama (KDU)
• GIAT MARA Malaysia
• MARA
• MARDI

Dengan pengetahuan & pengalaman yang luas serta kemahirannya dalam industri coklat, dia telah dikenali sebagai seorang ‘Chocolate Connoisseur’ atau sifu coklat di Malaysia sehingga menarik minat syarikat pengeluar coklat menjadikan beliau sebagai Duta Ekslusif bagi produknya. Chef Amer juga sering diundang untuk mengadili pertandingan masakan di seluruh pulusuk tanah air.


IZATUL AKMAL

NAMA PENUH : FAIZATUL AKMAL BINTI ABDULLAH
NAMA SKRIN : IZATUL AKMAL
TARIKH LAHIR : 3 APRIL 1987
EMEL : far-eiz87@yahoo.com
TINGGI : 153cm
BERAT : 48 kg

KELULUSAN AKADEMIK :
Btech-HND Mechanical Engineering 2006,
International University of Technology Twintech
 

PENGALAMAN :
TAJUK TAHUN STESEN TV / PENERBIT
Teater Mahsuri 2008 Sanggar Teater (IB)
Riuh Sebelum Raya 2008 Astro Warna
Bujan Sepah The Series 2009 Astro Prima
Chaparela 2009 Astro Prima
Camplazlo (Dubbing) 2009 Double Vision
Teater Gelanggang Tok Wali 2011 Istana Budaya
Belum Berakhir 2011 RTM 1
Hidayah Cintaku 2012 RTM 2
4 Kisah 2012 RTM 2
Juruacara (66 tahun UMNO) 2012 UMNO