Resipi - Episod 11


Episod 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 10 | 11 | 12 | 13


NAMA RESIPI: AYAM BELANDA PANGGANG BERSOS MOULES DAN AISKRIM COKLAT

Ayam Belanda Panggang Bersos Moules

Minyak
Bawang merah
Bawang putih
Bawang besar
Cili kering
Rempah tumis
Cili benggala
Tomato
Serbuk cili
Serbuk lada hitam
Oregano
Kismis
Bijan
Air
Kepingan coklat gelap
Serbuk koko
Roti perancis
Pisang
Kacang badam
Kacang gajus
Kacang walnut
Garam
Ayam belanda yang dipanggang

Prosedur:
1) Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang besar. Masukkan tomato, cili api, bawang putih, cili kering, rempah tumis dan cili benggala.
2) Apabila mendidih, masukkan serbuk cili, serbuk lada hitam, oregano, kismis dan bijan. Gaul sehingga rata.
3) Tambahkan air, kepingan coklat gelap dan serbuk koko. Akhir sekali, masukkan roti perancis yang dipotong dadu, pisang, kacang badam, kacang gajus dan kacang walnut. Perasakan dengan garam.
4) Setelah siap, kisar dan tuangkan ke atas ayam belanda yang dipanggang.

 

 



Aiskrim Coklat


Krim
Susu pekat
Coklat gelap
Serbuk koko



Prosedur:
1) Panaskan krim di dalam periuk. Masukkan susu pekat, coklat gelap dan serbuk koko. Kacau sehingga sebati. Angkat periuk tersebut dari dapur dan kacau sehingga adunan sejuk.
2) Kisarkan adunan tersebut dengan mesin pengisar ais krim selama 30 minit. Sekiranya tiada mesin pengisar ais krim, sejukkan adunan tersebut terlebih dahulu dalam peti sejuk selama 1 jam. Kemudian kisarkan dan masukkan semula ke dalam peti sejuk.